Ramai orang mengejar nama dan glamour
Tidak fikir lagi larangan Tuhan
Mereka menyangka glamour dan nama membawa bahagia
Kasihan mereka-mereka ini ditipu oleh angan-angannya
Mereka burulah nama dan glamour
Dengan bermacam-macam dan berbagai-bagai cara
Orang yang ada paras rupa
Menggunakan rupanya
Berbagai-bagai aksi dan seksi yang digayakannya
Orang yang ada ilmu menggunakan ilmunya
Sibuk forum di sini forum di sana
Motivasi di sini, motivasi di sana
Orang yang badannya sasa, menggunakan badannya
Begitulah orang mencari nama dan berbagai-bagai cara
Mengikut apa yang ada pada dirinya
Tapi mereka-mereka itulah yang ramai menderita jiwanya
Rumahtangga mereka huru-hara bahkan porak-peranda
Keluarga berpecah-belah, selalu sahaja bercerai-berai di kalangan mereka
Apabila tua dilupakan orang, nama dan glamour entah ke mana
Begitulah nasib kebanyakan orang yang mengejar nama dan glamour
Gah di waktu muda, akibat buruk di waktu tua
Tapi orang yang kemudian tidak juga mengambil pelajaran dari mereka
oleh : Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi